Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Thursday, March 20, 2014

stay strong Qyla .


Assalamualaikum w.b.t :)

dalam diam sudah sampai ke penghujung semester 2 .
dalam diam sudah 2 semester kita berkawan
dalam diam juga kita akan berpisah.

bukan niat hati ingin berada dikejauhan
bukan niat hati ingin berpisah
tetapi semua yang dirancang hanya Allah yang tentukan
memang cantik ketentuannya dan tiada siapa punya hak mengubahnya melainkan Penciptanya.




- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -



Di akhirat kelak, seseorang itu terkejut apabila melihat amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya di dunia. Maka dia bertanya:

"Wahai Tuhanku, dari manakah datangnya kebaikan sebanyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya"

Maka Allah menjawab :

"Semua itu adalah kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui"





terima kasih sahabat, terima kasih teman
kerana menyumbangkan sedikit pahala dikau kepadaku
memang aku tidak pernah tahu lagi mahu mengambil tahu
bahwasanya engkau nak mengumpat atau mengutuk
itu hak kau dan bukan aku
silakan dan teruskan





memang pernah seseorang bertanya kepada aku

" Qyla, kau tak rasa ke budak l***** ada mengumpat pasal kita?"

"Entah lah, biarlah diaorang. mulut diaorang, dah penat senyaplah"




bukan aku ingin menyatakan bahawa aku ini tidak punya dosa, tidak pernah mengumpat.
aku bukan Maksum yang tiada dosa.
ibarat kain putih yang tiada kotornya.
bukan .





terima kasih kawan kerana kau telah mengingatkan aku
memang aku perasan adalah mata mata yang set mengutuk tu
tapi biarlah mereka kan
takkan aku nak ubah diri aku semata untuk mereka
patutnya kita kenalah terima semuanya seadanya kerana setiap orang ada lebih dan kurangnya. 
dan akhirnya ada seseorang yang berani tegur aku secara berdepan
tetapi aku mahu tegur sedikit kerana cara engkau itu salah 
kerana seumpama kau "membuka pekung di dada"


"menasihati seseorang dikhalayak ramai seumpama engkau mengkhianatinya"


aku harap kau faham
bukan aku nak drop kau bukan aku nak bash kau
cuma takkan aku nak bertegang urat dikala itu kan ?
nampak tak matang lah dan nampak sangat mental aku tak seteguh batu di lautan.



bukan cara kau tegur aku, cara kau tegur orang lain juga.
aku tak terasa walau sedikitpun sebab aku tahu itu perangai aku dan bukan salah mak abah aku didik okey.
aku jadi macam tu sebab aku memang paling pantang lelaki pijak kepala perempuan
kau nampak tak dengan yang lain kau berani buat tapi bila dengan aku ?
sepatutnya kau harus berfikir sebelum bertindak kawan.



seperti yang aku kata sebelum turn kau berkata kata

"kawan ni ada banyak jenis. ada yang menggunakan kita, ada yang mengajar kita, ada yang mengingatkan kita. jadi pilihlah antara kaca atau permata"


so, depends dekat kaulah kan ?
hidup ini kita tak boleh nak puaskan diri sendiri sahaja, kita perlu juga terima kekurangan orang lain.







"Pada saat manusia membencimu tanpa alasan yang jelas, ingatlah Allah menyayangimu tanpa syarat"

stay strong Qyla, Allah always beside you.

Monday, March 3, 2014

Hanya kerana . .






hanya kerana sedikit gurauan , kau mengaum seperti harimau kelaparan
hanya kerana sedikit teguran , kau mengganas seperti singa betina kemarahan .





lelaki sepatutnya menjadi pelindung perempuan
bukan penyepak terajang , penghambur kata kata yang bertulangkan dusta
dan aku tau engkau ego , tetapi tidak bolehkah kau berlembut walupun sedikit .
kami ini hanya kawan , kawan perempuan ,
bukan batang kayu yang kau boleh sepak terajang , yang kau boleh nak baling dengan batu , yang kau boleh hambur dengan kata kata kesat .







come on lah ,
kalau kawan lelaki yang lain boleh tepiskan ego kenapa engkau tidak
kenapa engkau perlu membuka aib orang ,
tidakkah engkau takut aibmu akan dibuka dipadang mahsyar kelak ?
kenapa engkau perlu menjatuhkan maruah orang ,
tidakkah engkau takut engkau bakal menerima balasan yang setimpal ?











pernahkan aku cakap dengan engkau 

" kau kenapa nak sepak bola dekat aku " dalam masa yang sama telefon member kau sendiri dekat tangan aku dah terjatuh sebab nak elak bola kau tendang


" biarlah "


" lagi sekali kau tendang dekat aku siap kau !"
kau nampak bukan amaran awal yang aku beri tapi telinga engkau serupa tak korek sebulan . kau buat juga . dan . . .



" kau ni dayus !"

" mampuslah mu nak cakap aku ni dayus ke apa . kisah pulak "


" patutlah tak ada yang nak kalau laki macam kau ni "
kau nampak bukan apa yang keluar dari mulut aku . bukan setakat mulut aku , mulut lain pun ada . 



dan balasannya , memang bercalar tangan kau .
tapi tetap kau nak salahkan aku . macam mana kalau aku tumbuk engkau masa tu ? memang merasalah penumbuk sulung jawapnya .
bukan aku sengaja nak berbalas , tapi kalau jenis engkau ni tak boleh bawak bergurau .
orang baru tegur sikit , dan melenting tak tentu pasal . macam diri tu betul sangat , tapi ego yang lebih .
bawak bawak lah berubah sebelum orang lain muak nak berkawan dengan kau .




"Be very selective when it comes to choosing friends. People now a days don't know the true meaning of friendship and loyalty"

Sunday, March 2, 2014

satu hari


monopod satu kali !


selesai , berakhir , tamat
test Exercise Physiology kami kami dan kami
bleep test , standing block jump , sit up , 40 meter dash .




" sir , tolonglah bagi markah 20 puluh tu "
I'm begging you .




muscle keras gila gila habaq hang
berketar kepala lutut sebab dah lama tak 'bersenam' lah kan
kau tunggulah sem 3 nanti 
tercabut kepala lutut pulak :p





monopod satu kali
boleh membuatkan semua orang terpandang pandang
terjeling jeling , terjenguk jenguk , ter'jealous jealous' barangkali 
nampak camera hilang sakit satu badan
senyum itu penting
sakit tak sakit belakang punya cerita .









disebalik kepenatan berlari , melompat , terbaring terbungkang
lagi penat memerah keringat kepala tengkorak menghadap test 1 Sport History





hafal memang hafal
tapi siapa yang mampu nak menghafal sebeban tahun siap tarikh siap bulan
siapa yang mampu menghafal sa , puluh , ratus , ribu , puluh ribu , ratus ribu Hall of Fame
siap dalam English
nak hafal satu buku sejarah pun mata dah terbeliak , lagi nak hafal dalam English
mau muntah hijau wa cakap sama lu
memang keluar dewan kuliah semua terduduk kepenatan mengharungi test yang baru 1 belum 2 dan belum final
senyum dan mempunyai maksud tersirat dan tersurat .
semoga dipermudahkan segala urusan .





satu hari yang tersangatlah penat
satu hari yang tersangatlah singkat
satu hari yang tersangatlah terkejar kejar