Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 13, 2013

NOTHING IS IMPOSSIBLE WITH ALLAH .




' I die a little inside everytime I see EXPLAIN on a test '

itu , gambar untuk paper ke dua .
ya , paper ELC or English . oh men~ speaking london mak jemah ni .
senyum jangan tak senyum kerana anda berhadapan dengan kamera .
dalam hati , ya Allah . 
rasa nak meletop jantung ni . aigoo !

untuk pertama kalinya aku menggelatar sewaktu menjawap peperiksaan .
punya darah gemuruh sampai nak menulis pun macam cakar ayam .
aku terlalu memikirkan adakah aku akan lulus semuanya ?
ya , itu satu harapan yang aku impikan

satu harapan membara dan menyala , kan menyinari perjalananku 

dan , alhamdulillah .
aku berjaya memperoleh kepala tiga .
tiga point berapa ? adalah tapi tak sampai dekan lagi .
okey , itu sangat jealous . sem lain nak kepala dekan pulak .

aku hanya berserah dan bertawakkal setelah berusaha setengah mati .
study agama siap berguling guling atas katil , hafal dan terus hafal sampai roomate sendiri gelarkan aku ustazah . IN SYAA ALLAH . kehkeh~

 study anatomy lain pula ceritanya .
aku yang sememangnya tiada asas sains sukan , masa awal masuk kelas mamang melopong je lah .
focus qyla focus . kau salin je segalanya .
masa study , siap tujah tujah kepala , tujah tujah badan , angkat tangan , angkat kaki
sebabnya nak ingat sebeban nama muscle dan sedunia dengannya .

kinesiology ?
ini paper serupa itu biology . kau tulis selagi boleh .
waaaa~ aku yang sejujurnya hanya berpegangkan paper akaun , add math dan perdagangan diwaktu spm harus berkenalan dengan biology .
kau nampak kan betapa strees nya aku .
ya aku tak nafikan . 
tapi , agaknya disebabkan aku study sampai ke pagi buta , disaat rakan rakan lain dok sedap melayan mimpi nan indah dan disaat itulah ketekunan aku menghadap segala kertas .
selagi ada kertas selagi itu baca .

finally , aku boleh tersenyum kelegaan :)
syukur nikmat ke atas Tuhan yang memberi rahmat .

sem 2 , please be nice with me sayang .
ya aku tau terlalu banyak dan aku tak tau serba serbi subjek tersebut .
teruskan usaha . gooooooooo !

' NOTHING IS IMPOSSIBLE WITH ALLAH '


TETAP MENANTIMU .



aku disini kan selalu menunggu
yang selalu ada di setiap waktumu - nomad

nama ayah nomad sama dengan abah kita . 
bangga kejap . sotong betul , nama ayah kau sorang je lah sama dengan ayah dia qyla .
aku teruja sangat sebab dia menyanyi lagu ni depan bijik mata aku ni .
handsome sangat tapi abah kita lagi handsome .
kan WAK AYOB :)

kembali ke pangkal cerita . 
ya , aku akan menanti kepulangan kau .
selamat jalan dan selamat meniti hari hari yang mendatang . macam tak percaya kau akan pergi sejauh tu . ya , sangat jauh dan terlalu jauh . kau sangat tabah kawan untuk menunggu harinya tiba .

terimakasih kerana aku yakin aku orang pertama selaku sahabat yang tau kau akan melangkau sejauh tu . TAHNIAH aku ucapkan . mungkin namanya rezki sebab yang Maha Esa bukakan pintu hati kau untuk memberitahu aku . sedih ?

jangan tanya kenapa . aku sangat sedih untuk menanti kau selama 6 tahun . terlalu lama . 
kau berjaya kawan mengecap impian hidup . selama aku mengenali kau , seorang yang sangat tabah dan satu yang mungkin akan menyenangkan orang ramai , pemurah dengan senyuman . 

rasanya terlalu singkat kan pertemuan kita ? ya , memang terlalu singkat . hanya beberapa kali je aku sempat jumpa kau . kita adalah jiran semenjak dilahirkan . macam tak percaya . ketika aku sudah berusia sembilan bulan , barulah kau melihat keindahan dunia . tapi sayang hanya sesingkat itu perkenalan kita dan dilanjutkan dengan pertemuan di usia tigabelas tahun . aigoo !

dan sehingga sekarang aku masih setia untuk menjadi sahabat kau dunia dan akhirat .
sangat sedih masa jumpa kau dekat KLIA . ya , aku tau , itu saat terakhir sebelum kau berlepas .
muka kau sangat tenang walaupun aku yakin hati kau begitu bergelora .
ya , aku sanggup menahan air mata daripada mengalir .

hanya doa dapat kukirimkan . 
salam sayang , NURAQILAH AYOB

JENGKALIFORNIA



dalam kesibukan orang lain mengejar kejayaan , 
aku masih terkapai kapai untuk mengenal dunia yang fana ini .
adakah bekalan aku untuk kehidupan tidak selengkap seperti orang lain ?
ya , aku tahu kekurangan dan kelebihan diri ini .
terima kasih ya Allah kerana kau memahami diri ini . 

dalam orang lain bergembira dengan orang sekeliling ,
aku hanya memandang dengan senyuman
senyuman yang mempunyai seribu satu makna
aku terlalu rindukan mereka yang berada dikejauhan
jauh dari mata kasar ini tetapi sentiasa bertakhta di sanubari 
keluarga , sahabat , sekolah 
itulah beribu kenangan yang aku miliki 
kenangan yang aku bawa di saat aku menuntut ilmu dikejauhan

dalam orang lain bersenang lenang seperti tiada apa yang berlaku dalam dirinya
aku masih perlu berusaha keras untuk memahami setiap bait pengajaran
aku tidak seperti mereka yang mempunyai asas dalam menuntut ilmu 
aku ?
jauh tersasar dari bidang . 
tapi akan aku usahakan demi membanggakan mak dan abah
terima kasih mak kerana sentiasa meyakinkan diri ini 

dalam orang lain bersenang lenang menggunakan kemewahan
aku masih berada di takuk lama
kenapa ?
aku sangat takut untuk menggunakan kemewahan itu kerana aku tahu itu bukan milik aku selamanya 
kerana itu bukan hasil titik peluh aku
tidak seperti mereka
sangat bangga menggunakan duit ibu bapa sedangkan mereka tidak tahu
betapa payahnya untuk mendapatkan kemewahan tersebut
ya , disekeliling aku semuanya orang yang berduit
tidak aku nafikan

kuatkan diri ini untuk menghabiskan sesi pengajian .
hanya tinggal 4 sem .
ya terlalu panjang bagi aku , tapi terlalu pendek dalam pengiraan bulan .








*dear classmate :

kita tak pasti berada di bumi JENKALIFORNIA itu untuk berapa tahun . 
mungkin akan ada yang berpindah ke seremban 3 . IN SHAA ALLAH , aku lah salah seorangnya 
terlalu mengharap~
jagalah persahabatan ini sebaiknya .
sangat bertuah memiliki teman seperti mereka .
ramaikan jealous dengan kita pergi kelas bersama sama . 
dan ramai yang takut dengan kelas kita .

sebab apa ,
 kak yong lah 'sangat'
 dan mereka terlalu baik untuk aku 
ya , aku bersyukur memiliki sahabat di saat kejauhan
mereka tidak seperti yang lain 
berpewatakan diri sendiri dan tidak langsung menunjuk
aku tahu kita semangat sukan yang tinggi
tapi tak memerlukan barang yang terlalu berjenama untuk menjadi tayangan umum
pakai yang seadanya
ukur baju di badan sendiri kan ?

we need old friends to help us grow old and new friends to help us still young :)

LET GO OF THE PAST .



LET GO OF THE PAST ?
semuanya adalah kenangan terindah kenangan yang tak mungkin berulang kembali .

ini adalah zaman kegemilangan ketika bergelar palajar asrama . 
kenapa ? 
ya , aku memang pelajar asrama untuk lima tahun . jauh dari keluarga itu sudah lumrah kehidupan bagi aku . 
untuk berdikari itu sudah jadi kebiasaan pada diri ini . bukan untuk bermegah tapi itulah saat paling berharga bagi aku . 
dalam kesibukan dunia , aku lagi sibuk mengejar impian nan satu . untuk berjaya dalam kehidupan . untuk menjadi contoh tauladan kepada adik adik . 
terima kasih sahabat kerana pernah menjadi tulang belakang aku dalam mengharungi liku liku kehidupan . bukan mudah saat berada di kejauhan . sahabat adalah keluarga terbesar yang pernah aku miliki dan sangat aku rindui untuk detik ini . 
terima kasih warden warden sekalian . merekalah bonda merekalah ummi merekalah kakak . walaupun dimarah sampai kering air liur , sampai sakit anak tekak , sampai berlebam tangan , itulah yang menjadi kenangan terindah untuk diingati . denda sudah menjadi makanan ruji kami apatah lagi dengan kedegilan yang semakin membiak . 

suku sakat gila aku memang tak boleh berpisah . bila gelak aku rasa mau pontianak lari . bila marah boleh bergegar satu bangunan asrama . boleh diam lah adikadik bawah dengar bila akak akak marah . takut lah tu . eleyh , awal awal je , lepas tu pijak kepala . so habuan nya , mulut aku yang tak berlesen ni dok berleter di pagi ahad mengerah tenaga kau orang untuk mencuci tandas dan bergotong royong . dan untuk tidak bertalam talam , akan ku luahkan semuanya . biarlah orang nak marah , biarlah orang nak benci asalkan semuanya selesai . cukup matang untuk aku hadapi semua ini di hari kelak . IN SHAA ALLAH .

sahabat , doa aku untuk kalian tidak pernah luput dari bibir ini . walaupun kita pernah bersengketa itulah lumrah duniawi . bak kata wan nuraini 
' kita satu kapal , kita belayar sama sama '
okey wan , saat itu saat kebodohan aku yang teramat sangat . kesian kau aku gula gula kan . tapi kau pemimpin terhebat sayang . aku masih teringat kenangan kau panggil aku sebab handphone . kehkeh~
ya , kami sangat degil . kau tanya aku mana handphone aku . aku cakap dah bagi dekat si dia . mesti kau sangat pelik kan entah kurun ke berapa handphone tu boleh terbang ke luar pagar asrama . maafkan kami wan , handphone tu sangat terjamin keselamatannya di dalam tong sampah . dan yang lain terselamat di dalam bilik eletrik . adikadik yang lain siap bawak dalam poket , tapi mungkin rezki dia tak kena rampas . tu lah wan , lain kali nak sport check bawak asetaset yang memang terserlah kedegilannya . 



kenangan demi kenangan menerjah dalam fikiran aku . ya Allah , sangat banyak saat saat indah bersama mereka . ya , aku tak pernah lupakan mereka . semuanya masih segar di ingatan . terimakasih ya Allah kerana kau pertemukan kami , kau jalinkan ikatan ukhuwah antara kami . IN SHAA ALLAH , UKHUWAH FISABILILLAH 


okey , sila jaga pandangan anda agar tidak melihat ke tingkap tingkap di atas sana . itulah kebiasaannya aset aset terlalu maju digantung di situ . podaaa . muka sangat kebudak budakan sedangkan dah tingkatan 4 . kehkeh~ 









' berdiri aku disini , bukan untuk seketika '
.ada jodoh kita bertemu kembali . salam sayang dari NURAQILAH BINTI AYOB untuk kalian . teruskan perjuangan anda untuk mengecap kejayaan di hari muka . 
I MISS YOU , I LOVE YOU :)

Tuesday, November 12, 2013

INSTITUT KEMAHIRAN BELIA NEGARA .



Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke Politeknik Konvensional/METrO, Kolej Komuniti & ILKA
Ambilan Tahun 2013

Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf


NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:______________________
NAMA:AYAZ MOHD BIN AHMAD

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :


AA002 - SIJIL LANJUTAN TEKNOLOGI ELEKTRIK (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK A1)

URL SURAT TAWARAN - http://www.kbs.gov.my


CATATAN :
  1. Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman Web Agensi Politeknik Konvensional/ METrO, Kolej Komuniti & ILKA mulai 27 Mei 2013 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 05 Jun 2013.
  2. Surat Tawaran bagi Calon Jaya di IKM dan KKTM hanya boleh dicapai mulai 1 Jun 2013.

tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yang tahu .
tenang hati aku bila kau dah sambung belajar . terasa jugaklah bila kau cakap terkilan tak dapat masuk universiti . listen here , belajar dekat ceruk manapun tetap sama janji niat yang satu , menuntut ilmu kerana ALLAH . 

bagaikan menunggu kucing bertanduk .
kau punya orentasi bukan main kepohchi cakap seminggu , puas lah aku tunggu kau punya seminggu tu tapi tak habishabis juga . last last aku sendiri yang fade up , langsung campak handphone dalam almari baju . padan muka kau .

pernah dengar tak lagu ni 
' dari melaka ke negeri pahang '

oh men~ macam kena je .
 doakanlah part 3 nanti aku dapat transfer ke seremban 3 . AMEEN :)
aku terlalu mengharap . tolong jangan bagi ' aku berhenti berharap ' .

nak graduated samsama tak boleh . aku 2 tahun setengah , kau tiga tahun . aku siap boleh cari kerja lagi masa tu . anyway , I WISH YOU LUCK . JAGA MATA YEE DEKAT TEPAT BARU . 

the truth might suprise you .



Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA & Politeknik Premier
Sesi Akademik 2013/2014

Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:____________________
NAMA:NURAQILAH BINTI AYOB

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :

E2260 - DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)

URL SURAT TAWARAN - http://www.online.uitm.edu.my/


CATATAN :
  1. Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman Web IPTA/ Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) mulai 18 Mei 2013 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 24 Mei 2013.
Sila layari portal http://eform.ptptn.gov.my/wpp/semakan-wpp-nov.cfm untuk maklumat lanjut berkaitanWang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JENGKA , PAHANG
DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN 

sometimes I said to myself  'Qyla , you are stronger than you think' .
alhamdulillah , berkat usaha aku selama 5 tahun belajar tanpa kenal erti penat , okey itu tipu . aku sentiasa mengeluh bila belajar . not anytime but sometime . aku tak faham orang yang jenis hidup dengan buku melainkan novel . itu juga buku , jangan salah faham . 
aku bukan jenis yang top 3 dalam kelas . kalau setakat top 10 tu alhamdulillah , tak pernah lekang dek jari . tapi seperti yang aku katakan , aku hidup bukan dengan buku melainkan di saat kecemasan . memang patut mak aku selalu pasang kaset tersekat beliau ' kau tu , dah nak terberak baru nak cari tandas '
okey mak , terimakasih di atas peribahasa yang sangat senang untuk anak sulung mak faham . ya , itulah mak aku . sangat suka memasang kasetnya tanpa mengenal erti penat . dan mak akulah paling gelisah semasa aku menduduki SPM . mak , akak amik SPM je mak , akak tak pergi LONDON pun . 

dan , disebabkan SPM lah , aku nekad nak belajar . itulah aku , suka buat kerja hujung hujung . kalau dekat sekolah tu alhamdulillah boleh lagi fokus dengan bertemankan biskut atau gulagula di bawah meja . pabila bunyi sedikit plastik makanan , akan ada matamata menjeling . aku benci itu . makanan aku menjadi taruhan 
tapi , pabila tibanya saat balik umpama syurga duniawi bagi pelajar spm seperti aku . katil dan bantal umpama memanggil manggil tuannya . okey , let's go bebeh !
pabila prep bermula , hanya baju kurung dan tudung yang tersangkut di badan , mana kainnya ? ya , di bahu . memakai baju kurung dan seluar tracksuit adalah perkara normal bagi kami . tiada yang pelik untuk dijadikan bualan orang ramai . sampai dalam library , bertemankan aircond yang anginnya sepoi sepoi bahasa , dengan sopannya aku melabuhkan kepala ke atas meja . oh ~ sangat tenang sayang . 

sudah cukup sudah , cukup sampai di sini saja .
kau tau aku sangat menyesal bazirkan masa dengan hasutan iblis durjana tu . shialan !
so , nak taknak bawaklah diri dengan ilmu yang hanya penuh di dada dan kepala tengkorak tu . masa tu lah baru aku tau nak menggunakan peribahasa langit tak selalunya indah .

SPM aku tak setanding orang lain . lulus ? ya aku berbangga sebab aku boleh lulus sejauh tu . dan dengan kelulusan itu , tanpa segan silu aku membawa diri yang lara tanpa persediaan yang cukup rapi untuk menghadapi temuduga di UITM SHAH ALAM . kalau kau tak kuat saat tu , mau rebah menyembah bumi . 
kenapa harus bahasa inggeris tu nak dibanggakan ? kau tau aku sangat lemah untuk berbahasa sedemikian , jadi dengan keyakinan diri aku bersuara juga . aku pedulik hape ayat aku tunggang tebalik , nak masuk gaung sekalipun aku tak kisah . janji aku lepas segalanya . penat lelah yang aku hadapi untuk fitness test dia tak tau lagi mau aku speaking london .

finally , aku sampai sudah di JENGKALIFORNIA . aku tak terfikir untuk berada sejauh ini . sebenarnya sama je jauh ke seremban dengan pahang ni tapi hati aku kuat mengatakan ini lagi jauh . so , tolonglah terima seadanya kenyataan aku itu . sumpah , aku tak kuat untuk berada sejauh ini . I MISS THE OLD MY LIFE 

untuk berkenalan dengan orang baru membuatkan aku sangat terseksa . mereka punya banyak karakter . karakter yang amat aku benci dalam kehidupan . tolong jauhkan dari aku .
satu je , doakan kejayaan aku dunia akhirat . satu permintaan yang aku pohon dari semua orang di sekeliling aku . 

doakan aku terima hakikat bahwasanya aku telah mula untuk memikul hidup sendiri ,
memikul beban sendiri . 
hakikatnya , aku sangat menyeksa diri aku untuk berada di khalayak seperti ini .

SATU HASRAT SATU SEMANGAT SATU TEKAD



semestinya ianya begitu terkenal dikalangan anda yang bernama lepasan SPM .
ya ya ya , PLKN .

serupa macam cerita hantu bila ada yang sangat histeria bila tahu dia terpilih . HELLO BROTHER HELLO SISTER . kau silap besar . sangat bertuah bila terpilih . sebabnya aku salah seorang yang sangat teruja mengalahkan orang lain yang mungkin berdukacita . 

PDS RESORT ?
kau yakin ianya sangat selesa . HAHAHA , ketawa sepuas hati kerana bila kau melangkah ke sana serupa macam kau berumah di tepi pantai . 
macam mana ? sejujurnya aku katakan kau akan bertemu sahabat baru bernama MICHALE . awak , dia sangat famous di sana sehinggakan dia sanggup menceroboh bilik yang umpama rumah tumpangan kami itu . dia sanggup merampas hak awak sesuka hati . dia sanggup mengintai awak ketika mandi . untung sungguh jadi MICHALE ni . kau nak jumpa MR.TAN pun umpama kau pandang hantu di atas syiling . itulah monyet jalanan namanya . tahniah , anda berjaya mengacau bilaukan hidup kami .

selangkah aku menapak , selangkah aku meninggalkan dunia luar . kehkeh~ macam nak masuk penjara pulak kau . aiseymen !

dan tanpa aku jangka , manusia yang pertama aku kenal dekat sana adalah staf azlan tu haa . dia adalah artis yang menjadi bualan hangat di sana . kau pasti amat kecut perut usus jantung untuk melakukan walaupun sedikit kesalahan . aku dengan selamba rock , bercakap serupa kawan . ewah kau qyla , besar pangkat kau hado . okey , aku tak kenal pun dia masa tu , ingat staf biasa biasa , tetapi ramalanku jauh tesasar . 

dia umpama singa yang kelaparan . sakit hati jangan cakap . aku rasa mahu bertimbun pahala dia dapat dimana kami sang kancil yang tak reti kenal erti dosa dok mengutuk singa seperti itu . oh men~ silap besar .

ketua disiplin kau nyah . aku boleh dok berburak dengan dia macam biasa . okey sangat impossible . 

" kau sakit apa ? "
" saya tak boleh kena panas , encik "
" puteri lilin ke ni ? "
" boleh lah . kenapa ? encik nak jadi putera lilin saya ke ? "
" aku memang putera dekat sini "

kau nampak bukan dia dah bagi warning awal , tapi aku ni loading . 

malas aku nak bercerita tentang dia . biarlah dia menjadi sejarah hidup aku sebagai bapa tiri untuk sementara .

akhirnya , aku berjaya menamatkan kehidupan aku sebagai seorang wirawati . kau hado ?


 










okey sayang sayang :)
gambar sebenarnya terlalu banyak dan line aku pun terlalu lah al siput al vavi . so ini je lah yang termampu .

bawah ni adalah satu satunya hadiah yang roomate aku tinggalkan sebagai hadiah PLKN PDS RESORT . harihari terakhir sebagai wirawati . oh men~ rindunya saat itu . 



solat sentiasa berjemaah walaupun aku ni setan sangat sekali dua solat dalam dorm . itu terlalu malas namanya . kehkeh~ dok main terjerit jerit sampai jurulatih masuk dalam bilik air kami . maaf cik puan . cik puan tak nampak saya kan ? saya disebalik kolah tu . alhamdulillah , saya boleh bergelak ketawa mengenang kan nasib kawan kawan saya . rindu malam didenda beramai ramai sebab lambat tidur . dah nasib aku , baru nak tutup lampu , muka cik puan sudah depan mata . aigoo ! macam hantu pocong sudah itu malam .

rindu untuk berkampung satu hari satu malam . kalau dalam tv , " tiga hari dua malam " ewahhh . joget sikit . oh yea yea oh yea yea !

hanya makan nasi epal , itu bukan group aku yang buat kerana tekak aku tak serupa tekak mereka . yerk ! dan aku cukup berbangga mempunyai kawan yang memahami hasrat perut masingmasing . walaupun dibekalkan maggie kari , tapi jiwa yang lebih terarah kepada kelaparan memaksa diri untuk membawa maggie tomyam , coklat , biskut , air dutchlady . awakk awakk jealous . padan muka kau . 
rindu itu panggilan "umang umang" . encik Lan , IMISSYOU lah . mau muntah hijau kalau dia baca . sesungguhnya bukan aku sorang je yang rindu dia .



nampak ? okey uolls . terimaksih kerana hadir melawat kite . ada lagi tiga orang sebenarnya , tapi mereka malu kalah artis . malumalu badak lah katakan . ada kek gedabak kan ? sedap sangat , dan bila sampai ke dorm aku , semua serupa orang kebuluran . aku tak faham betul . PLKN bagi makan tak cukup ke ? aku ni pun naik sebu perut dok sumbat je . 
okey , story the mory sikit , pakcik sebelah tu kaki dia berjahit lagi , eh~ tak , baru buka jahitan . sebab apa ? dia SUPERMAN terhebat , orang naik motor , dia dok berangan nak terbang . macam lagu " I BELIEVE I CAN FLY " . 

lastly , pernah dengar kan ayat ni
" it's so hard to forget someone who gave you so much to remeber "
ya , sikit pun aku tak sangkal kerana dari tempat yang orang anggap penjara inilah aku belajar mengenal diri yang serba kekurangan . mengenal erti persahabatan . aku terlalu merindui mereka . meskipun jauh di mata , mereka sentiasa di facebook . kehkeh~

kamek sayang kitak .