Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 13, 2013

JENGKALIFORNIA



dalam kesibukan orang lain mengejar kejayaan , 
aku masih terkapai kapai untuk mengenal dunia yang fana ini .
adakah bekalan aku untuk kehidupan tidak selengkap seperti orang lain ?
ya , aku tahu kekurangan dan kelebihan diri ini .
terima kasih ya Allah kerana kau memahami diri ini . 

dalam orang lain bergembira dengan orang sekeliling ,
aku hanya memandang dengan senyuman
senyuman yang mempunyai seribu satu makna
aku terlalu rindukan mereka yang berada dikejauhan
jauh dari mata kasar ini tetapi sentiasa bertakhta di sanubari 
keluarga , sahabat , sekolah 
itulah beribu kenangan yang aku miliki 
kenangan yang aku bawa di saat aku menuntut ilmu dikejauhan

dalam orang lain bersenang lenang seperti tiada apa yang berlaku dalam dirinya
aku masih perlu berusaha keras untuk memahami setiap bait pengajaran
aku tidak seperti mereka yang mempunyai asas dalam menuntut ilmu 
aku ?
jauh tersasar dari bidang . 
tapi akan aku usahakan demi membanggakan mak dan abah
terima kasih mak kerana sentiasa meyakinkan diri ini 

dalam orang lain bersenang lenang menggunakan kemewahan
aku masih berada di takuk lama
kenapa ?
aku sangat takut untuk menggunakan kemewahan itu kerana aku tahu itu bukan milik aku selamanya 
kerana itu bukan hasil titik peluh aku
tidak seperti mereka
sangat bangga menggunakan duit ibu bapa sedangkan mereka tidak tahu
betapa payahnya untuk mendapatkan kemewahan tersebut
ya , disekeliling aku semuanya orang yang berduit
tidak aku nafikan

kuatkan diri ini untuk menghabiskan sesi pengajian .
hanya tinggal 4 sem .
ya terlalu panjang bagi aku , tapi terlalu pendek dalam pengiraan bulan .








*dear classmate :

kita tak pasti berada di bumi JENKALIFORNIA itu untuk berapa tahun . 
mungkin akan ada yang berpindah ke seremban 3 . IN SHAA ALLAH , aku lah salah seorangnya 
terlalu mengharap~
jagalah persahabatan ini sebaiknya .
sangat bertuah memiliki teman seperti mereka .
ramaikan jealous dengan kita pergi kelas bersama sama . 
dan ramai yang takut dengan kelas kita .

sebab apa ,
 kak yong lah 'sangat'
 dan mereka terlalu baik untuk aku 
ya , aku bersyukur memiliki sahabat di saat kejauhan
mereka tidak seperti yang lain 
berpewatakan diri sendiri dan tidak langsung menunjuk
aku tahu kita semangat sukan yang tinggi
tapi tak memerlukan barang yang terlalu berjenama untuk menjadi tayangan umum
pakai yang seadanya
ukur baju di badan sendiri kan ?

we need old friends to help us grow old and new friends to help us still young :)

No comments:

Post a Comment