Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 12, 2013

SATU HASRAT SATU SEMANGAT SATU TEKAD



semestinya ianya begitu terkenal dikalangan anda yang bernama lepasan SPM .
ya ya ya , PLKN .

serupa macam cerita hantu bila ada yang sangat histeria bila tahu dia terpilih . HELLO BROTHER HELLO SISTER . kau silap besar . sangat bertuah bila terpilih . sebabnya aku salah seorang yang sangat teruja mengalahkan orang lain yang mungkin berdukacita . 

PDS RESORT ?
kau yakin ianya sangat selesa . HAHAHA , ketawa sepuas hati kerana bila kau melangkah ke sana serupa macam kau berumah di tepi pantai . 
macam mana ? sejujurnya aku katakan kau akan bertemu sahabat baru bernama MICHALE . awak , dia sangat famous di sana sehinggakan dia sanggup menceroboh bilik yang umpama rumah tumpangan kami itu . dia sanggup merampas hak awak sesuka hati . dia sanggup mengintai awak ketika mandi . untung sungguh jadi MICHALE ni . kau nak jumpa MR.TAN pun umpama kau pandang hantu di atas syiling . itulah monyet jalanan namanya . tahniah , anda berjaya mengacau bilaukan hidup kami .

selangkah aku menapak , selangkah aku meninggalkan dunia luar . kehkeh~ macam nak masuk penjara pulak kau . aiseymen !

dan tanpa aku jangka , manusia yang pertama aku kenal dekat sana adalah staf azlan tu haa . dia adalah artis yang menjadi bualan hangat di sana . kau pasti amat kecut perut usus jantung untuk melakukan walaupun sedikit kesalahan . aku dengan selamba rock , bercakap serupa kawan . ewah kau qyla , besar pangkat kau hado . okey , aku tak kenal pun dia masa tu , ingat staf biasa biasa , tetapi ramalanku jauh tesasar . 

dia umpama singa yang kelaparan . sakit hati jangan cakap . aku rasa mahu bertimbun pahala dia dapat dimana kami sang kancil yang tak reti kenal erti dosa dok mengutuk singa seperti itu . oh men~ silap besar .

ketua disiplin kau nyah . aku boleh dok berburak dengan dia macam biasa . okey sangat impossible . 

" kau sakit apa ? "
" saya tak boleh kena panas , encik "
" puteri lilin ke ni ? "
" boleh lah . kenapa ? encik nak jadi putera lilin saya ke ? "
" aku memang putera dekat sini "

kau nampak bukan dia dah bagi warning awal , tapi aku ni loading . 

malas aku nak bercerita tentang dia . biarlah dia menjadi sejarah hidup aku sebagai bapa tiri untuk sementara .

akhirnya , aku berjaya menamatkan kehidupan aku sebagai seorang wirawati . kau hado ?


 










okey sayang sayang :)
gambar sebenarnya terlalu banyak dan line aku pun terlalu lah al siput al vavi . so ini je lah yang termampu .

bawah ni adalah satu satunya hadiah yang roomate aku tinggalkan sebagai hadiah PLKN PDS RESORT . harihari terakhir sebagai wirawati . oh men~ rindunya saat itu . 



solat sentiasa berjemaah walaupun aku ni setan sangat sekali dua solat dalam dorm . itu terlalu malas namanya . kehkeh~ dok main terjerit jerit sampai jurulatih masuk dalam bilik air kami . maaf cik puan . cik puan tak nampak saya kan ? saya disebalik kolah tu . alhamdulillah , saya boleh bergelak ketawa mengenang kan nasib kawan kawan saya . rindu malam didenda beramai ramai sebab lambat tidur . dah nasib aku , baru nak tutup lampu , muka cik puan sudah depan mata . aigoo ! macam hantu pocong sudah itu malam .

rindu untuk berkampung satu hari satu malam . kalau dalam tv , " tiga hari dua malam " ewahhh . joget sikit . oh yea yea oh yea yea !

hanya makan nasi epal , itu bukan group aku yang buat kerana tekak aku tak serupa tekak mereka . yerk ! dan aku cukup berbangga mempunyai kawan yang memahami hasrat perut masingmasing . walaupun dibekalkan maggie kari , tapi jiwa yang lebih terarah kepada kelaparan memaksa diri untuk membawa maggie tomyam , coklat , biskut , air dutchlady . awakk awakk jealous . padan muka kau . 
rindu itu panggilan "umang umang" . encik Lan , IMISSYOU lah . mau muntah hijau kalau dia baca . sesungguhnya bukan aku sorang je yang rindu dia .



nampak ? okey uolls . terimaksih kerana hadir melawat kite . ada lagi tiga orang sebenarnya , tapi mereka malu kalah artis . malumalu badak lah katakan . ada kek gedabak kan ? sedap sangat , dan bila sampai ke dorm aku , semua serupa orang kebuluran . aku tak faham betul . PLKN bagi makan tak cukup ke ? aku ni pun naik sebu perut dok sumbat je . 
okey , story the mory sikit , pakcik sebelah tu kaki dia berjahit lagi , eh~ tak , baru buka jahitan . sebab apa ? dia SUPERMAN terhebat , orang naik motor , dia dok berangan nak terbang . macam lagu " I BELIEVE I CAN FLY " . 

lastly , pernah dengar kan ayat ni
" it's so hard to forget someone who gave you so much to remeber "
ya , sikit pun aku tak sangkal kerana dari tempat yang orang anggap penjara inilah aku belajar mengenal diri yang serba kekurangan . mengenal erti persahabatan . aku terlalu merindui mereka . meskipun jauh di mata , mereka sentiasa di facebook . kehkeh~

kamek sayang kitak .

No comments:

Post a Comment