Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, August 12, 2014

Dunia


"Allah gives the hardest battles to his strongest soldiers"




For the first time, 
Aku menjadi Fasilitator.
Aku cuba belajar mengawal emosi
Aku cuba mengawal sikap panas baran
Dan aku cuba untuk menerima orang ramai





Tapi sayang,
Seribu kali sayang
Bila dah terlalu baik dipijak pijak
Tapi bila dah terlalu kejam dikutuk kutuk
So, apa yang kau nak ?





Umur baru setahun jagung
Dah pandai menipu !
Cakap kau kena Influenza .
Tapi hakikatnya kau sihat yang teramat sekali
Cuma kau taknak datang benda yang kau cakap 'bangang' tu kan !
Kalau mulut aku ni jahat sangat,
Dah lama aku doakan kau dapat penyakit tu, biar kau rasa betul betul .





Dan yang si peng'komen' pun dua kali lima 
Bagus lah kau sokong kawan kau yang terang lagi bersuluh buat salah.
Agak kalau dia terjun gaung pun kau nak ikut sekali kan ?




Memang kalau aku ni kejam sangat,
Aku pergi depan muka kau, aku cakap depan depan kau
Buat penat aku terkejar kejar dekat kau malam tu sebab kau tak cukup nafas,
Kalau aku tau macam ni kau balas, lebih baik aku tengok je lakonan air mata bodoh kau tu.





Kau silap langkah lah 'adik'
Dunia ni kecik je, pusing pusing orang yang sama
Cuma engkau je yang tak perasan sebab terlalu taksub dengan lakonan madah berhelah kau
Lain kali gunakan kepandaian untuk benda yang bermanafaat bukan benda yang menunjukkan kebodohan kau
Berfikir guna otak bukan kepala lutut .






An ugly personality, destroys a pretty face





Monday, June 30, 2014

Mengalah



"Good Things Come To Those Who Wait"


kau ajar aku erti mengalah
hati aku hati batu
hati kering




tapi sebab kawan
aku mengalah
mencuba tak semestinya malu
lagi malu kalau tak mencuba







Sunway Pyramid
meluangkan masa yang ada walau poket kering
tapi jalan yang penting
sampai jalan pun pening
sebab banyak pusing
mata pun naik juling





"Kau agak dia okey tak dengan aku ?"





soalan pertama keluar bila dah masuk Seremban
nak balik Universiti ke nak pergi rumah dia ?
hati dipagut rasa bersalah 
walau aku bukan jenis yang mengalah sebelum berjuang.




Wednesday, June 18, 2014

Hati




"HATI"

Semoga kau tabah dan kuat
Bukan untuk hari ini
Tapi untuk setiap hari




Belajar Berpuas Hati, Meski Tak Cukup


Belajar MeMahami , Walau Tidak Sehati


Belajar Ikhlas, Meski Belum Rela


Belajar Sabar, Walau TerBebani


Belajar Setia, Meski Ada Godaan Fikiran


Belajar MeMaafkan, Walau Pernah Disakiti

Friday, June 13, 2014

Takut


Aku jadi takut di atas setiap perkenalan.
Takut terlalu rapat, takut terlalu dekat, takut terlalu erat.
Dan akhirnya dikecewakan, dikhianati.



Ada kala aku terfikir
Aku takut orang yang aku sayang
Pergi dan terus berubah
Jauh dan terus menjauh



Sebab  itu menjadi kebiasaan
Aku takut




Pergilah
Hilanglah
Kalau itu yang kau perlu
Aku rela kau pergi





Terima kasih atas kenangan bersama
Mungkin maaf aku tiada makna
Halalkan segalanya




Harapan aku
Moga kau bahagia




aku rindu kita yang dulu
mungkin aku sahaja

Saturday, June 7, 2014

sanggup





SANGGUP




Kalau kita dah tua nanti
awak sanggup cuci gigi palsu saya tiap tiap pagi
sanggup papah saya bila saya tak larat nak jalan lagi
masak menu kegemaran supaya saya nampak berseri
bacakan surat khabar dan sesekali hiburkan saya dengan menari
dan baringkan saya di peha awak waktu menonton movie

Sanggup awak buat begitu sampai saya mati ?





Jika mahukan kesudahan cinta yang sempurna, jadikan kemaafan dan kepercayaan sebagai permulaannya.

                                                     - Hafiz Hamidun







walaupun aku suka dan selalu sangat cakap
" Aku tak pernah percaya kau "
tapi bila baca quotes Hafiz Hamidun, rasa macam kena berubah sikit ayat aku tu
maaf gendut :)

Wednesday, June 4, 2014

maafi aku .










Kau diam seribu bahasa
Umpama kami yang berdosa
Kami bukan pendusta
Walau kau terasa








Jika kau bertanya pada bulan,
pernahkah langit meninggalkannya walau ketika ianya tidak bersinar ?

Tapi jika kau bertanya pada diri,
pernahkah kau meninggalkan kami tanpa alasan yang jelas ?










Baru kau tahu lukanya hati bila tidak dipeduli
Baru sehari
Kau menarik muka tidak peduli
Umpama diri engkau ditusuk belati
Bukanya kami mencaci maki
Tapi hanya membela diri



Maaf sudah dipinta
Hanya menunggu sang penerima
Kami tahu kami bukan segalanya
Semoga bahagia dengan mereka di sana
Terima kasih atas segalanya




"A friend cannot be considered as friends until he is tested in three occasions; in time of need, behind your back and until after your death. "
                                                                                  Ali ibn Abi Talib (RA)






Aku bukan insan terbaik sebagai sahabatmu
Aku juga bukan insan teristimewa dalam hidupmu
Hadirku tika sesuatu
Hilangku tika tugas memburu


Aku tidak mampu menjadi mereka yang terbaik buatmu
Aku lemah untuk itu
Aku juga tidak akan menjadi si dia yang teristimewa buatmu
Aku tidak akan menjadi si dia yang terhebat untukmu
Aku hanya mampu menjadi aku
Yang cuba menjadi sahabat setiap waktu
Yang menyumbang bahu tika engkau tersedu
Yang memberi padu tika engkau lesu


Tetapi,
Adakalanya aku jaga menjadi layu
Tersalah kata malah laku
Kerana aku tak sehebat sahabatmu di situ
dan yang pasti
Aku tahu tentang itu
Maafi aku
Duhai sahabatku.

Wednesday, April 30, 2014

Orang Jengka ♥



Goodbye Jengkalifornia
Welcome to Seremban Vegas







Hanya gambar yang aku punya
Hanya memori yang aku ada
Merekalah segalanya
Walaupun seringkali ada cacat celanya
Merekalah saudara
Di dunia Jengka .





Berat rasanya melangkah pergi
Berat lagi rasanya memikul memori
Jika diizinkan Illahi
Kita bakal bertemu kembali
Di kemudian hari


















from my heart
                  to your heart

Tuesday, April 29, 2014

Kenapa aku jadi aku .




cuba kaki kau letak ke dalam kasut aku,
cuba kau rasa sendatnya
ketatnya kasut aku
dengan kasut itu cuba kau berjalan
rasakan kerikil di tapak aku
kaca yang bersepai menjamah aku
dalam kasut aku 
kau dapat lihat dunia dari mata aku
dalam kasut aku
mungkin baru kau tahu
kenapa aku jadi aku




# put yourself in my shoes




Walau kau tipu aku demi yang lain
Walau kau benci aku bila adanya yang baru
Kau tetap kawan aku dunia akhirat






Mungkin sabar aku masih berbaki lagi untuk kau
Walau aku tahu mereka tidak sama sekali
Mungkin . . 
Kerana aku kenal kau bukan sehari dua 
Meski mereka berkata

" Hari tu cakap tak ada tapi ni ada pulak"



Aku tetap tersenyum walau dalam terhiris
Luka diluar boleh dirawat luka di dalam tiada siapa yang tahu




"Kau tahu cara menahan airmata dari jatuh ? Waktu kau rasa mata mula membahang cepat-cepat kau mendongak ke langit !"

Sunday, April 6, 2014

Terbuku di hati


"jika langkah yang dimula tempang, jalan yang dilalui songsang, jangan merungut jika pengakhirannya gampang"






memang kalau nak diikutkan
dalam seminggu dua aku hanya berdiam diri
hanya menjadi pemerhati dan pendengar








hati ?
jangan dibicara soal hati kerana
hanya memendam rasa, hanya merobekkan segalanya
bukan aku tak mampu berkata kata
bukan aku tak mampu meluahkan segalanya
cuma "kerana mulut badan binasa"












kawan,
tak guna kau kenal tikar sembahyang hanya ketika peperiksaan
tak guna kau merungut tak boleh menghafal jika Al-Quran pun kau tak pernah nak pegang
kalaulah Al-Quran boleh bercakap, ia akan berkata :

waktu kau masih anak-anak, kau bagai teman sejatiku, dengan wudhu' kau sentuh aku.
dalam keadaan kau pegang aku, kau baca aku dengan liirih dan keras.
sekarang kau telah dewasa
nampaknya kau sudah tidak berminat lagi kepadaku.
apakah aku bacaan yang usang ?
yang tinggal sejarah ?
sekarang kau simpan aku dengan rapi, kau biarkan aku sendiri.
aku menjadi kusam dalam almari, berlapis debu, dimakan kutu.
aku mohon peganglah aku, bacalah aku setiap hari.
kerana aku menjadi penerang di dalam kuburmu nanti









kawan,
bukan kau seorang yang perlu mendapat keizinan kedua ibu bapa
kami juga memerlukannya
apakah kau tidak pernah berfikir ?
jangan hanya mementingkan nyawa sendiri jika nyawa yang lain bagai telur dihujung tanduk











kami bukan anak orang hartawan
kami bukan anak orang berharta
yang mampu berjalan kesana kemari
mengikut telunjuk di jari
hanya satu niat di hati
harap kau mengerti
aku sudah tidak mampu berdalih lagi
hanya menyampaikan hasrat yang terbuku di hati






moga perjalanan kita nanti
diberkati Illahi
Amin