Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, April 6, 2014

Terbuku di hati


"jika langkah yang dimula tempang, jalan yang dilalui songsang, jangan merungut jika pengakhirannya gampang"






memang kalau nak diikutkan
dalam seminggu dua aku hanya berdiam diri
hanya menjadi pemerhati dan pendengar








hati ?
jangan dibicara soal hati kerana
hanya memendam rasa, hanya merobekkan segalanya
bukan aku tak mampu berkata kata
bukan aku tak mampu meluahkan segalanya
cuma "kerana mulut badan binasa"












kawan,
tak guna kau kenal tikar sembahyang hanya ketika peperiksaan
tak guna kau merungut tak boleh menghafal jika Al-Quran pun kau tak pernah nak pegang
kalaulah Al-Quran boleh bercakap, ia akan berkata :

waktu kau masih anak-anak, kau bagai teman sejatiku, dengan wudhu' kau sentuh aku.
dalam keadaan kau pegang aku, kau baca aku dengan liirih dan keras.
sekarang kau telah dewasa
nampaknya kau sudah tidak berminat lagi kepadaku.
apakah aku bacaan yang usang ?
yang tinggal sejarah ?
sekarang kau simpan aku dengan rapi, kau biarkan aku sendiri.
aku menjadi kusam dalam almari, berlapis debu, dimakan kutu.
aku mohon peganglah aku, bacalah aku setiap hari.
kerana aku menjadi penerang di dalam kuburmu nanti









kawan,
bukan kau seorang yang perlu mendapat keizinan kedua ibu bapa
kami juga memerlukannya
apakah kau tidak pernah berfikir ?
jangan hanya mementingkan nyawa sendiri jika nyawa yang lain bagai telur dihujung tanduk











kami bukan anak orang hartawan
kami bukan anak orang berharta
yang mampu berjalan kesana kemari
mengikut telunjuk di jari
hanya satu niat di hati
harap kau mengerti
aku sudah tidak mampu berdalih lagi
hanya menyampaikan hasrat yang terbuku di hati






moga perjalanan kita nanti
diberkati Illahi
Amin

No comments:

Post a Comment