Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, April 29, 2014

Kenapa aku jadi aku .




cuba kaki kau letak ke dalam kasut aku,
cuba kau rasa sendatnya
ketatnya kasut aku
dengan kasut itu cuba kau berjalan
rasakan kerikil di tapak aku
kaca yang bersepai menjamah aku
dalam kasut aku 
kau dapat lihat dunia dari mata aku
dalam kasut aku
mungkin baru kau tahu
kenapa aku jadi aku




# put yourself in my shoes




Walau kau tipu aku demi yang lain
Walau kau benci aku bila adanya yang baru
Kau tetap kawan aku dunia akhirat






Mungkin sabar aku masih berbaki lagi untuk kau
Walau aku tahu mereka tidak sama sekali
Mungkin . . 
Kerana aku kenal kau bukan sehari dua 
Meski mereka berkata

" Hari tu cakap tak ada tapi ni ada pulak"



Aku tetap tersenyum walau dalam terhiris
Luka diluar boleh dirawat luka di dalam tiada siapa yang tahu




"Kau tahu cara menahan airmata dari jatuh ? Waktu kau rasa mata mula membahang cepat-cepat kau mendongak ke langit !"

No comments:

Post a Comment