Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 31, 2013

you made me cry , made me laugh



“Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Allah pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan"

dalam diam , kadang tercuit hati ini perasaan ingin kembali ke sekolah .
itulah zaman dimana kita kenal siapa kawan siapa lawan 
zaman kita berjuang demi menggapai sebuah kejayaan .

dalam diam , sudah setahun diri ini bergelar bekas pelajar sekolah .
rindu untuk berada di kerusi belakang kerana itulah tempat paling strategik untuk berada di alam mimpi .
rindu untuk berjalan satu sekolah lagak guru disiplin
rindu untuk menjerit di pagi ahad yang semestinya diketahui sebagai hari gotong royong

masihkah kau ingat ?

buat sahabat
mahupun yang jauh beribu batu 
yang sentiasa berada di sisi
yang tidak pernah dikenali
yang tidak pernah berjumpa
yang sebilik
yang bekas sebilik

mohon kemaafan di atas segala kekurangan diri ini . terima kasih kerana masih sudi menegur setiap kesilapan walaupun hakikatnya hati ini sering tidak ambil peduli .

buat emak dan abah
terima kasih kerana masih menjadi tulang belakang akak dalam meniti hari mendatang
dan terima kasih kerana menjadi 'bank' di saat kejauhan 

buat yang tersayang
terima kasih di atas kesudian menerima diri ini 
walaupun kau tahu betapa susah untuk memilikinya , tetapi usaha kau tak sia sia
kau buktikan segalanya dan aku hargai
walaupun kadang kala hati ini sakit melihat dan mendengar yang tidak sepatutnya
tapi kesabaran sentiasa aku pupuk dalam diri demi menerima seorang insan seperti dikau .

2013 
you made me cry , made me laugh
but its time to move on

doakan kejayaan qyla di dunia mahupun di akhirat . Ameen





Monday, December 30, 2013

antara Kemahiran dan Universiti




'hidup tak selalunya indah , kadang kita diatas dan kadangkala kita dibawah'

aku tak tahu sama ada apa yang bakal aku katakan adalah benar atau hanya otak aku berfikiran sedemikian .
bila sudah dikelilingi orang yang pandai , terasa kerdil diri ini .
walaupun aku tahu pengetahuan aku tak sama dengan kau tapi silalah respect atau dengar pendapat orang lain .
tak semestinya diri kita sahaja yang betul .
kalau nak ikut siapa makan garam dahulu , memang jelas lagi nyata aku lah kan .

isu kemahiran atau universiti ?
bila tidak tahu bertanya kan biar tak sesat jalan .
tapi engkau tanpa salam tanpa pamitan mencelah . aigooo !
sabar , sebab sabar itu separuh daripada iman

dan dengan pertanyaan yang aku boleh anggap kau memperlekehkan taraf seseorang kot ?

" pakwe kau belajar mana ?"

" IKBN"

"IKBN ?"

dalam hati , apakah tutt sangat IKBN pun kau tak tau .
" Institut Kemahiran Belia Negara . Kenapa ?"

" eeee , malunya makwe lagi pandai dari pakwe"

what the fox say 
"kenapa pulak ? aku respect apa orang yang masuk kemahiran ni . keluar keluar dapat kerja sebab kemahiran dia lagi banyak daripada kita . tak lah macam kita ni dok melopong je nak cari kerja nanti . "

"yeke ? eee , tak tak . malu doh makwe lagi pandai . kalau aku tak cari macam tu"

"lagi bagus dia masuk kemahiran daripada dapat makwe baru lepas SPM"

yang aku maksudkan mencelah tanpa pamitan mahupun salam itu adalah lelaki .
 lagipun kau tak sedar ke yang kau kutuk tu sejenis dengan kau ? bukan perempuan , wanita , kunsa mahupun pondan .
bawak bawak lah berubah ke arah kebenaran bukan kejahilan .

jangan menilai pangkat seseorang , jangan menilai paras rupa orang , jangan menilai kelebihan orang ,
tapi nilailah kekurangan diri sendiri .

mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki .


" close you eyes , clear your heart , let it go "

don't try to be different , just be good




don't try to be different . just be good .
to be good is different enough .

setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan . namun disebalik perpisahan pastinya tercipta kerinduan .

bila dikenang kembali , aku tak pasti  bagaimana kita boleh rapat sebegini .
pernah kan kita ungkit kisah silam masing masing dan ianya saling berkait .
macam rajah kekeluargaan pulak . 
dengan adik angkatnya lah , dengan adik gelapnya lah , dengan crush nya lah , dengan kisah cintanya lah .
siapa ? makan gula rasa manisnya , makan cili rasa pedasnya .
aku dengan waha tiada apa apa untuk dikaitkan . hehehe~
aummm :)

sayang , walaupun dulu kita ada group group yang bajet awesome taik kucing tu , tapi kita tak tahu pun takdir kita macam mana untuk masa yang seterusnya kan . dan alhamdulillah aku masih punya kawan yang sebegini . dan aku pasti ramai yang mengatakan itu dan ini pasal kita . biarlah , jangan amik pusing sangat , nanti dah penat diamlah kan . 

"hidup ni macam roda , kejap bawah kejap atas"

okey , aku dah melalut kejap . sayang sayang terimakasih meluangkan masa dan melaburkan wang ringgit untuk lima hari bersama . setiap hari sibuk je kalah orang nak masuk kerja .
siap 'ponteng' kelas lah kan .
bak kata ady "kau nak mc berapa hari ? aku boleh je bagi"
cara cakap macam doktor bai .

pengalaman menaiki teksi berenam memang dalam sejarah hidup aku . entah macam mana boleh lepas pun aku tak pasti . yang pastinya sejarah . penat tawap satu time square yang memuatkan beribu manusia dan mereka umpama semut kecil . ramai ramai dan ramai .
alhamdulillah , sampai juga ke rumah waha dan mereka juga sampai ke rumah aku .
maaf . aku tahu perjalanan ke rumah aku amat membosankan dan memeningkan . kelemahan maybe .

dan untuk keberapa kalinya aku sampai ke port dickson .
bak kata ayaz  'tempat cinta bersemadi' . haktuih !



di antara beribu bintang , hanya kaulah yang paling terang
di antara beribu cinta , pilihanku hanya kau sayang
takkan ada selain kamu dalam segala keadaanku
cuma kamu ya hanya kamu yang selalu ada untukku

BAND HELLO - di antara bintang





Saturday, December 28, 2013

BE MATURED



adakah kita mampu menjadi seperti dahulu ?
tiada pertelingkahan yang hanya menyakitkan hati sesetengah pihak .

memang betul setiap gambar menyimpan seribu perkataan .
dan inilah satu satunya gambar yang aku pasti akan keceriaan yang mampu dikecapi meskipun ada dari setengahnya tidak seperti yang aku harapkan .

"aku yang dulu bukanlah yang sekarang , dulu ditendang sekarang ku disayang"

be matured :D

Monday, December 23, 2013

I MISS YOU










I MISS YOU BABY :)

cukup sebulan aku duduk dekat "JENGKALIFORNIA" ni , 
cukup sebulan jugalah aku tak jumpa budak kecik ni . 
rindu sangat sangat :'(


Saturday, December 14, 2013

you are stronger than you think




stop worrying about what you have to loose ,
and start focusing on what you have to gain .

you are stronger than you think !

pejam celik pejam celik ,
kelas aku untuk semester dua bertimbun lambat kesudah .

dengan tak bertemu lagi seluar track pujaan hati .
aigoo !

"tutttt , budak lelaki kelas aku okey je , sampai budak perempuan semua bajet cantik"

walaupun ayat tu tak sebijik sejiban semangkuk ayat kau , 
tapi aku masih ingat

hello PAKCIK !

apakah kau tidak matang dalam menilai seseorang atau 
mata engkau sudah buta dek kecantikkan orang lain .
atau lagi mudah untuk aku bahasakan ,
mata letak dekat lutut

kami bukan berhati batu .
dan kami bukan buta untuk menilai setiap patah perkataan .

agaknya disebabkan kau terlalu taksub meletakkan diri di asrama yang hanya berpenghunikan lelaki .
kesian !
dan kau sanggup mention nama kawan sendiri 
sedangkan bukan dia penyebabnya .
kesian untuk lagi sekali .
buat penat belajar pandai pandai tapi cetek akal fikiran

kami sebagai perempuan berbuat demikian kerana subject yang dibawa ,
bukan ikut citarasa hati .
atau kau mungkin mahu melihat kami berjubah ?
mungkin itu akan melegakan hati kau yang mungkin sedang lara .

girls ,
you are stronger than you think .


Friday, December 13, 2013

go back to being me



semakin ramai kita mengenali orang , semakin banyak ragam yang harus kita faham .
bosan sungguh dan sungguh sungguh bosan .

so , I go back to being me :)
sudah sebati dengan perkataan 'gangster'
apa aku heran orang nak berkata sedemikian , mulut mereka .
nanti dah penat diam lah . kalau mulut tempayan boleh jugak lah aku tutup .

gangster gangster aku pun aku tak adalah nak dilabelkan 'gangster gedik'
itu aku benci sikit . eh tipu~ banyak !
tolonglah jadi diri kau kawan , naik meluat aku tengok perangai ulat bulu kau .
please !

gangster gangster aku ada juga lah sekor mamat ni baru first time takut dengan perempuan macam aku .
eh~ aku macam baru sedar dari mimpi .
ganas sangat ke aku ?
mungkinlah .
aku bukan bergurau sampai nak mengendeng badan , aku bukan bergurau dengan suara yang lembut .
harap maaflah dengan perangai tak seberapa aku ni .

gurau aku dengan lelaki memang kasar .
siapa yang dah merasa kesengsaraan nya sepukkan aku ,
siapa dah merasa kesakitan cubitan aku .
harap maaf .

aku memang tak sepandai mereka .
hanya berbekalkan pelajaran PRINSIP AKAUN dan PERDAGANGAN .
langsung tak masuk dek akal untuk mengambil SAINS SUKAN .
tapi itulah rancangan ALLAH .

aku terima dengan hati terbuka .
IN SHAA ALLAH itu rezeki aku , dan mungkin berkat pilihan emak aku .
dan dengan keyakinan pointer aku untuk sem satu yang mampu membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga .

dan , kawan 
tolonglah jadi diri anda .
sudah dua semester aku bersama mereka semua dan alhamdulillah mampu mengenali mereka .

aku bukanlah yang terbaik untuk menjadi role model kau orang ,
tapi satu sahaja 
"what you give , you get back"

cukuplah perselisihan faham antara satu sama lain .
aku hanya mampu menjadi pendengar , tapi bukanlah untuk menyelesaikan .
sudah cukup bagus ada salah satu pihak yang mengalah meskipun dengan menghantar surat layang yang berbunyi 

"maap"

bak kata umi 
"berdosa kalau tak kawan lebih tiga hari"










Wednesday, December 11, 2013

I LOVE YOU



we still love ourselves even after doing mistakes .
then how can we hate others for their single mistake ?


thanks for one years :)