Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Monday, December 30, 2013

antara Kemahiran dan Universiti




'hidup tak selalunya indah , kadang kita diatas dan kadangkala kita dibawah'

aku tak tahu sama ada apa yang bakal aku katakan adalah benar atau hanya otak aku berfikiran sedemikian .
bila sudah dikelilingi orang yang pandai , terasa kerdil diri ini .
walaupun aku tahu pengetahuan aku tak sama dengan kau tapi silalah respect atau dengar pendapat orang lain .
tak semestinya diri kita sahaja yang betul .
kalau nak ikut siapa makan garam dahulu , memang jelas lagi nyata aku lah kan .

isu kemahiran atau universiti ?
bila tidak tahu bertanya kan biar tak sesat jalan .
tapi engkau tanpa salam tanpa pamitan mencelah . aigooo !
sabar , sebab sabar itu separuh daripada iman

dan dengan pertanyaan yang aku boleh anggap kau memperlekehkan taraf seseorang kot ?

" pakwe kau belajar mana ?"

" IKBN"

"IKBN ?"

dalam hati , apakah tutt sangat IKBN pun kau tak tau .
" Institut Kemahiran Belia Negara . Kenapa ?"

" eeee , malunya makwe lagi pandai dari pakwe"

what the fox say 
"kenapa pulak ? aku respect apa orang yang masuk kemahiran ni . keluar keluar dapat kerja sebab kemahiran dia lagi banyak daripada kita . tak lah macam kita ni dok melopong je nak cari kerja nanti . "

"yeke ? eee , tak tak . malu doh makwe lagi pandai . kalau aku tak cari macam tu"

"lagi bagus dia masuk kemahiran daripada dapat makwe baru lepas SPM"

yang aku maksudkan mencelah tanpa pamitan mahupun salam itu adalah lelaki .
 lagipun kau tak sedar ke yang kau kutuk tu sejenis dengan kau ? bukan perempuan , wanita , kunsa mahupun pondan .
bawak bawak lah berubah ke arah kebenaran bukan kejahilan .

jangan menilai pangkat seseorang , jangan menilai paras rupa orang , jangan menilai kelebihan orang ,
tapi nilailah kekurangan diri sendiri .

mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki .


" close you eyes , clear your heart , let it go "

No comments:

Post a Comment