Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, December 31, 2013

you made me cry , made me laugh



“Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Allah pada hari kiamat sehingga ia disoal tentang umurnya pada perkara apakah ia dihabiskan"

dalam diam , kadang tercuit hati ini perasaan ingin kembali ke sekolah .
itulah zaman dimana kita kenal siapa kawan siapa lawan 
zaman kita berjuang demi menggapai sebuah kejayaan .

dalam diam , sudah setahun diri ini bergelar bekas pelajar sekolah .
rindu untuk berada di kerusi belakang kerana itulah tempat paling strategik untuk berada di alam mimpi .
rindu untuk berjalan satu sekolah lagak guru disiplin
rindu untuk menjerit di pagi ahad yang semestinya diketahui sebagai hari gotong royong

masihkah kau ingat ?

buat sahabat
mahupun yang jauh beribu batu 
yang sentiasa berada di sisi
yang tidak pernah dikenali
yang tidak pernah berjumpa
yang sebilik
yang bekas sebilik

mohon kemaafan di atas segala kekurangan diri ini . terima kasih kerana masih sudi menegur setiap kesilapan walaupun hakikatnya hati ini sering tidak ambil peduli .

buat emak dan abah
terima kasih kerana masih menjadi tulang belakang akak dalam meniti hari mendatang
dan terima kasih kerana menjadi 'bank' di saat kejauhan 

buat yang tersayang
terima kasih di atas kesudian menerima diri ini 
walaupun kau tahu betapa susah untuk memilikinya , tetapi usaha kau tak sia sia
kau buktikan segalanya dan aku hargai
walaupun kadang kala hati ini sakit melihat dan mendengar yang tidak sepatutnya
tapi kesabaran sentiasa aku pupuk dalam diri demi menerima seorang insan seperti dikau .

2013 
you made me cry , made me laugh
but its time to move on

doakan kejayaan qyla di dunia mahupun di akhirat . Ameen





No comments:

Post a Comment