Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, January 7, 2014

Buat suamiku yang romantis lagi tercinta A.Humaira


Buat Suamiku yang romantis lagi tercinta ,

terima kasih sebab selalu cakap
"RINDU DEKAT AYANG"
walaupun ayang ada depan mata dan hari hari jumpa

terima kasih sebab hari hari abang pakaikan bedak dekat muka ayang
mesti abang cakap
" comelnya ucuk abang ni "

ayang bahagia dengan abang yang sangat romantis
kalau dulu ayang selalu masak , basuh baju , kemas rumah sendiri
tapi sekarang ada abang , yang sentiasa disisi ayang
abang selalu cakap
" jom kita bekerjasama sayang "



Buat Suamiku yang romantis lagi tercinta ,

abanglah hero ayang sekarang
satu hari tu ayang menjerit sekuat hati
rupanya ada lipas !
abang berlari mendapatkan ayang
abang cakap
" lipas ni nak kono ni , sayang jangan nangis , meh dekat abang "

ayang bahagia walaupun abang bukan seorang ustaz , tak pakai serban , jubah
tapi abanglah segalanya
setiap hari sebelum tidur mesti abang bobokkan ayang sambil nyanyi lagu kita
setiap hari ada je tazkirah yang abang nak cerita dekat ayang
apa apa je soalan yang ayang tanya mesti abang dengan penuh yakinnya jawab
abang cakap
" abang suka membaca , sebab tu abang boleh jawab apa yang ayang tanya "
lepas tu mesti abang tarik pipi ayang . eeeeii merah dah !

Buat Suamiku yang romantis lagi tercinta ,

abang sekarang makin gemuk dah , ayang makin tembam dah
sebab kita berdua bahagia
abang kuat makan , ayang pun kuat makan juga
walaupun gaji abang tak seberapa tapi kita tak makan pasir pun kan abang
kerana kita percaya pada yang ESA ,
rezeki murah lepas kita berkahwin
dan sekarang kita buat 'PJJ' di universiti yang sama 


credit to : Anith Hanisah


sebenarnya , aku dah lama baca post ni dan baru hari ni berhajat nak post dekat blog aku sendiri :)
walaupun aku punya turn untuk benda ni semua lambat lagi , tapi macam terasa nak kahwin cepat pun ada .
kuikui~ gatal kau makcik ! 

No comments:

Post a Comment