Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, January 25, 2014

ku mengalah ku bersabar




ikhlasnya hati seringkali disalah erti
tulusnya budi tidak pernah engkau hargai
berlalu pergi dengan kelukaan ini
 ku mengalah ku bersabar
Exist - Alasanmu







walaupun aku boleh jadi pendengar setia
tidak bermaksud aku tidak punya masalah
walaupun aku punya seribu satu rahsia
tidak bermaksud aku tak terbeban dengan itu semua .

aku rela ,
aku rela mendengar masalah orang daripada menyelesaikan masalah sendiri
aku rela lihat orang sekeliling aku tersenyum lebar daripada aku yang menangis dalam kebisuan 







kau tahu apa itu perit apa itu sakit ?






kau manusia aku manusia .
sama sahaja
kita punya hati dan perasaan
tapi bukan untuk ditendang lagak bola dipadang










cukuplah aku katakan 
aku mengalah
mengalah dari segi memuaskan hati semua pihak
memang nampak bodoh tapi lagi bodoh aku hilang kawan 











hidup cara orang senang dan cara orang susah memang berbeza
bagai langit dengan bumi
tapi kau perlu sedarlah , ukur baju dibadan sendiri
walau hidup senang , masih perlukah kau mempertikaikan kesusahan orang lain ?
masih perlukah kau membawa perangai di rumah kau dengan di tempat orang ?
masih perlukah kau bertalam dua muka ?








ya , memang
aku mula sangsi dengan kau
aku mula ragu dengan setiap ucapan kau , perbuatan kau dan keikhlasan kau
walaupun permainan baru bermula ataupun sudah sampai dipertengahan
mahupun sudah sampai ke penghujung
kepercayaan aku terhadap kau tetap jauh beribu batu .
kau buat aku jadi begini dan bukan aku yang minta ! 











biarlah masa menentukan 
tinggal dua atau tiga bulan lebih lagi aku bakal meninggalkan bumi Jengka .
selamat tinggal Jengka , selamat jalan kenangan .
salamat datang UiTM Seremban 3 .












memang berat langkah yang bakal ku bawa
tapi lagi berat meninggalkan seorang kawan 
seorang kawan bukan beribu lawan .







biarlah ianya menjadi rahsia antara kita
antara dengan Yang Esa .
terima kasih kawan kerana kau masih punya sedikit ruang untuk mendengar rintihan hati
terima kasih kawan kerana kau memahami situasi aku
terima kasih kawan kerana kau pernah menjadi sahabat rapat aku
terima kasih kawan kerana kau pernah menjadi musuh aku











terima kasih kerana kau mampu memahami perasaan aku walaupun mereka tidak .

No comments:

Post a Comment