Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Sunday, February 23, 2014

SAHABAT



Sahabat ,
mengapa kau pergi
Tinggal aku sendiri ,
Kau tahu ku tak sanggup .

Sahabat ,
ingat lah kau slalu
Jadi yang terbaik ,
Walau kau tak disini lagi .

Sahabat ,
aku rindu padamu
Datang walau sesaat ,
Ku ingin kan kau hadir .

Aku disini dan menunggu
Diam tanpa dirimu
Kau tahu ku tak bisa
Beranjak terbang dan melayang
tanpa diri mu ku tak bisa dan kembalilah .

Sahabat - Aizat



Masa hanya berbaki tujuh minggu
seperti novel yang bertajuk " Tujuh Hari Mencintaimu"
namun ini bukan khayalan mahupun angan angan
ini adalah kenyataan
tapi ini bukan sebuah kisah percintaan
tetapi kisah sebuah persahabatan .





tak terasa saat lajunya masa berputar
betul lah kata pepatah
" masa umpama pedang, jika kita tidak memotongnya maka ianya akan memotong kita"
masa amat mencemburui kita 





dari sejumlah 25 hanya berbaki 9
dari sejumlah 9 kuntum bunga hanya berbaki 5
dari sejumlahnya 16 ekor kumbang hanya berbaki 4


















selamat tinggal sahabat
selamat tinggal teman
selamat tinggal kawan
dan selamat jalan kenangan .
setiap perpisahan tersimpan seribu rahsia yang tiada siapa dapat ungkapkan .
hanya ucapan kerinduan yang akan sentiasa bermain .
Allah tidak pernah salah dalam setiap perancanganNya dan itulah yang terbaik .












hanya doa yang dapat kukirimkan di saat kejauhan nanti
hanya sebuah memori yang dapat ku simpan sebagai kenangan abadi
hanya sebuah ikatan persahabatan yang telah menemukan kita
dan hanya ketentuan yang Esa dapat memisahkan kita .





terima kasih di atas sesi perkenalan selama dua semester
buang yang keruh ambil yang jernih .
halalkan segala ilmu yang telah disampaikan
tetapi sesiapa yang berhutang sila silalah sedarkan diri anda untuk melangsaikannya .
nanti tak berkat kot :D




Monday, February 17, 2014

the beginning is always the harder




SEBELUM PRESENTATION .







bak kata kawan aku

" siapa tak sakit hati kalau buat slide sorang sorang ?"

" mungkin kali ni kau silap pilih group"








agaknya lah aku salah pilih group
ataupun Allah nak menguji kesabaran aku
aku tahu aku tak sepandai mana , tetapi perlukah aku menjadi hamba abdi
bodoh itu bukan pilihan aku tapi 
perlukah semua bebanan di bahu aku ?






apa guna perkataan GROUP tetapi hanya satu kepala yang mencari
hanya satu kepala yang berhempas pulas menyelamatkan kawan yang lain
hanya satu kepala yang berjaga sampai dinihari
kau tahu sakitnya hati ?






semua orang boleh dan layak mencipta seribu alasan
dan aku bakal mangsanya
kesian kan .
memang agaknya hati aku hati batu gamaknya .
sebab itu aku layak buat muka kan ?
sebab itu aku layak berdiam diri kan ?
sebab itu aku layak mementingkan diri kan ?








biarlah .
aku halalkan segalanya .
tak guna aku pendam , tak guna aku dendam .
itulah lumrah sebagai pelajar .
kadang kadang kawan ini menggunakan kita ,
kadang kadang kawan itu mengajar kita
jadi pilihlah antara kaca atau permata .







SEMASA PRESENTATION .





hebat kau kan cakap aku 'kurang ajar" sebab nama engkau tiada dalam slide ?
lagipun aku ini hanya tambahan dan kau sebagai yang tetap harus berfikir dengan wajarnya .
dan selayaknya aku mengajar kau pada masa waktu dan ketika itu

" siapa yang kurang ajar dengan siapa ? macam sial . kau tak buat slide lagi nak cakap aku kurang ajar"



kau fikir aku ni patung cendana ?
yang kau boleh hambur sesuka hati
respect orang lah bro
kau tak malu ke , kau tak buat slide tapi lagi mau cakap aku kurang ajar ?
SHAME ON YOU !




lagi mau menipu itu lecturer .
nampak tak bila sekali kau dah berbohong orang dah boleh label kau apa ?
nampak tak berkat tak berkat ilmu kau
aku tak rugi apa pun buat slide tu
aku dapat ilmu
ilmu tu berguna untuk aku bekerja nanti .
ALHAMDULILLAH .






SELEPAS PRESENTATION .



terima kasih kawan yang telah banyak membantu dan berjaga bersama aku di tengah larut malam .
terima kasih di atas sokongan anda .


" Do not give up , the beginning is always the harder "

Friday, February 14, 2014

shame on you







bukan nak mengungkit lagi membangkit
tapi aku yang tersepit
tapi engkau serupa tak sedar dek untung !
dah cukup bagus
aku siapkan report 
aku buat slide








sebab aku fikir baik aku mula dulu dari tak buat apa kan
kalau nak tunggu kau ?
kucing bertanduk pun belum tentu kau akan mula
sebab aku fikir ini carry mark for group
kau faham G R O U P ?









sebab aku fikir kau tu kan busy kalah perdana menteri
kau kan hebat kalah pemain dunia
kau tu kan hot dekat twitter
ada aku kesah ?
boleh jalan 









tapi kau punya sikap tu macam talam dua muka
depan pijak semut pun tak mati tapi belakang pijak gajah pun boleh mati
dan tolonglah control sikit sikap hangin satu badan kau tu
eh , kau fikir kau seorang je ada perasaan marah ?
kau fikir hangin kau je ?
tengok orang sekeliling dulu okey , kami bukan adik adik kau 
yang kau nak tengking
yang kau nak malukan sesuka hati !















apa kau fikir maruah diri boleh letak bawah kaki ?
cuba aku letak maruah kau bawah kaki aku , kau malu kan .
so , cara nak mengajar kau senang je
kau malukan aku , aku malukan kau
FAIR ?
bagi aku terasa besar pulak dosa yang aku buat
tapi disebabkan kau melampau sangat
biar aku bagi intro macam tu
kau jangan fikir mentang mentang perempuan tak tahu nak balas apa kau buat
so kau pijak kepala kitaorang
kau salah lah kawan , kau silap








jenis engkau ni kalau tak ditegur lagi menjadi
tapi bagi aku kau ni pandai tak boleh nak tegur , bodoh tak boleh nak ajar .
memang agak kesat tapi aku harap kau faham .






dah nak final dah pun
jadi , bawa bawa lah minta maaf dekat orang yang selalu kau hambur tu .











maaf dari saya Nuraqilah :)

Wednesday, February 12, 2014

sebuah Senyuman .








dalam diam berpandangan 
mata bertentang mata

Diam Diam Jatuh Cinta- Ramlah Ram


ini bukan kes jatuh cinta
ini buka kes dari kerana mata










hanya kerana sebuah senyuman 
aku ditegur ketawa





hanya kerana sebuah senyuman
aku ditegur tanpa pengadilan






hanya kerana sebuah senyuman
aku dipandang 'slek'




fenomena apakah ini ?
pffffffft !
kebodohan apa yang berlaku . kalau iyaa pun nak straight sangat pak encik libry oi
selidik lah dulu .
ini tidak , dah calarkan air muka orang tak reti reti nak minta maaf !
bukan aku tehegeh hegeh pun dengan maaf kau , tapi pulihkan lah balik air muka aku
minta maaf tak perlu guna duit pun kan ?





nak cakap pangkat tinggi pun tak guna kalau jenis membabi buta kan ?
marah ? yaa , aku memang marah
malu kot
aku dengan muka yang tak faham tiba tiba ditegur gelak .
eh , apakah telinga anda pekak atau mata anda buta ?








yang belakang aku tu dok sakan berborak bagai nak heboh satu kampung
siap bergurau senda gelak ketawa dengan pakwe kau tak tegur ?
apa kau nak aku bawa seorang lelaki bersamakah bagi memulihkan segala prasangka kau ?
shame on you lah !









kalau pandang tu tak boleh nak elok lagi ?
orang tak salah dikata salah , lagi mahu pandang tak puas hati .
aku senyum je kan !
kau pandang aku , aku senyum kan !
bukan aku gelak terbahak bahak dalam libry tu
bukan aku gelak berguling guling dalam libry tu
yang kau tak puas hati dengan sebuah senyuman aku dah kenapa !





pak encik libry
senyuman tu sedekah
tak minta duit pun , tak minta kau labur satu sen pun
dan bukan nya dapat darah tinggi pun !

Wednesday, February 5, 2014

physical fitness


physical fitness for Older Adults and Hajj




kalau dah nama pun buat kerja di hujung tanduk
mana tak menggelabah 





kalau dah nama pun buat kerja di hujung tanduk
mana taknya semuanya tak betul




kalau dah nama pun buat kerja di hujung tanduk
mana taknya malam pun sampai tak tidur






penat bai semata buat manual :3
manual tu macam mana ?
step by step ke ?
attire perlu ke ?
nak kena buat conclusion ke ?
sampai kod subject ni pun aku salah taip
biasalah mata burung hantu macam ni lah
terlalu yakin dan pasti 
tapi hampeh kecundang masuk longkang .









nasib badan lah present nombor empat
dan teramat bersyukur 
kerana ?
video satu hapak pun tarak sentuh
dan tak tau pun kena ada video kan
okey , bagai katak di bawah peti kaca bukan tempurung






dan esok ,
test lapan bab !
lapan kau tahu lapan 
mau terkangkang tekiak terkoyak nak study lapan ni
dengan tiada final dan bermakna kau harus buat sehabis baik