Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, February 5, 2014

happy Chinese New Year




assignment datang bagaikan Tsunami dan aku tak tahu mana nak lari






orang dok sibuk cuti Chinese New Year
aku sibuk menghadap sebeban assignment yang masih bertimbun
rasa macam tak surut surut
satu pergi sepuluh datang
dan buat pertama kalinya aku tak makan limau masa Chinese New Year
siapa nak bagi ?






dan hakikatnya
dan sejujurnya
aku tak balik cuti disebabkan ke'handau' an tiket
lagi sakit hati bila pergi tanya pasal tiket
lagi sakit hati bila muka penjual tiket
serupa itu mau cap kasut








aduh kak penjual tiket
cubalah maniskan senyuman dalam menjual
tak darah tinggi lah kalau maniskan senyuman je pun
sedekah kak sedekah








bila dah duduk berapa kerat je dekat kolej
memang line serupa itu kilat
istilah lambat macam siput vavi sudah jauh ketinggalan
broadband dilupakan , wifi diutamakan






dan dengan sebakul kerajinan yang masih ada dalam diri
cari selagi boleh cari
cari yang sepatutnya berkaitan dengan assignment
dan biasalah manusia akan terpesong jua dek duniawi
facebook facebook facebook
makan facebook , tidur facebook mandi pun kalau boleh facebook agaknya
dan aku semakin bosan menhadap status kegedikan lagi kejengkelan .






dan hakikatnya aku masih bertapak di bumi Jengka
menghitung hari untuk berhadapan dengan final exam yang sekangkang kera sahaja lagi
dan hakikatnya aku masih belum berpeluang pulang ke rumah
kerana
ke'handau'an tiket yang tidak kena masa jalannya
dan semakin mahal mahal dan mahal .




HAPPY CHINESE NEW YEAR :)


No comments:

Post a Comment