Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 12, 2013

the truth might suprise you .



Semakan Keputusan Permohonan Kemasukan Pelajar ke IPTA & Politeknik Premier
Sesi Akademik 2013/2014

Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf

NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:____________________
NAMA:NURAQILAH BINTI AYOB

TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :

E2260 - DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN# (TERBUKA KEPADA BUMIPUTERA SAHAJA)

URL SURAT TAWARAN - http://www.online.uitm.edu.my/


CATATAN :
  1. Calon boleh mencapai Surat Tawaran melalui Laman Web IPTA/ Jabatan Pengajian Politeknik (JPP) mulai 18 Mei 2013 dan calon WAJIB mengesahkan SETUJU TERIMA TAWARAN sebelum 24 Mei 2013.
Sila layari portal http://eform.ptptn.gov.my/wpp/semakan-wpp-nov.cfm untuk maklumat lanjut berkaitanWang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN.

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA JENGKA , PAHANG
DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN 

sometimes I said to myself  'Qyla , you are stronger than you think' .
alhamdulillah , berkat usaha aku selama 5 tahun belajar tanpa kenal erti penat , okey itu tipu . aku sentiasa mengeluh bila belajar . not anytime but sometime . aku tak faham orang yang jenis hidup dengan buku melainkan novel . itu juga buku , jangan salah faham . 
aku bukan jenis yang top 3 dalam kelas . kalau setakat top 10 tu alhamdulillah , tak pernah lekang dek jari . tapi seperti yang aku katakan , aku hidup bukan dengan buku melainkan di saat kecemasan . memang patut mak aku selalu pasang kaset tersekat beliau ' kau tu , dah nak terberak baru nak cari tandas '
okey mak , terimakasih di atas peribahasa yang sangat senang untuk anak sulung mak faham . ya , itulah mak aku . sangat suka memasang kasetnya tanpa mengenal erti penat . dan mak akulah paling gelisah semasa aku menduduki SPM . mak , akak amik SPM je mak , akak tak pergi LONDON pun . 

dan , disebabkan SPM lah , aku nekad nak belajar . itulah aku , suka buat kerja hujung hujung . kalau dekat sekolah tu alhamdulillah boleh lagi fokus dengan bertemankan biskut atau gulagula di bawah meja . pabila bunyi sedikit plastik makanan , akan ada matamata menjeling . aku benci itu . makanan aku menjadi taruhan 
tapi , pabila tibanya saat balik umpama syurga duniawi bagi pelajar spm seperti aku . katil dan bantal umpama memanggil manggil tuannya . okey , let's go bebeh !
pabila prep bermula , hanya baju kurung dan tudung yang tersangkut di badan , mana kainnya ? ya , di bahu . memakai baju kurung dan seluar tracksuit adalah perkara normal bagi kami . tiada yang pelik untuk dijadikan bualan orang ramai . sampai dalam library , bertemankan aircond yang anginnya sepoi sepoi bahasa , dengan sopannya aku melabuhkan kepala ke atas meja . oh ~ sangat tenang sayang . 

sudah cukup sudah , cukup sampai di sini saja .
kau tau aku sangat menyesal bazirkan masa dengan hasutan iblis durjana tu . shialan !
so , nak taknak bawaklah diri dengan ilmu yang hanya penuh di dada dan kepala tengkorak tu . masa tu lah baru aku tau nak menggunakan peribahasa langit tak selalunya indah .

SPM aku tak setanding orang lain . lulus ? ya aku berbangga sebab aku boleh lulus sejauh tu . dan dengan kelulusan itu , tanpa segan silu aku membawa diri yang lara tanpa persediaan yang cukup rapi untuk menghadapi temuduga di UITM SHAH ALAM . kalau kau tak kuat saat tu , mau rebah menyembah bumi . 
kenapa harus bahasa inggeris tu nak dibanggakan ? kau tau aku sangat lemah untuk berbahasa sedemikian , jadi dengan keyakinan diri aku bersuara juga . aku pedulik hape ayat aku tunggang tebalik , nak masuk gaung sekalipun aku tak kisah . janji aku lepas segalanya . penat lelah yang aku hadapi untuk fitness test dia tak tau lagi mau aku speaking london .

finally , aku sampai sudah di JENGKALIFORNIA . aku tak terfikir untuk berada sejauh ini . sebenarnya sama je jauh ke seremban dengan pahang ni tapi hati aku kuat mengatakan ini lagi jauh . so , tolonglah terima seadanya kenyataan aku itu . sumpah , aku tak kuat untuk berada sejauh ini . I MISS THE OLD MY LIFE 

untuk berkenalan dengan orang baru membuatkan aku sangat terseksa . mereka punya banyak karakter . karakter yang amat aku benci dalam kehidupan . tolong jauhkan dari aku .
satu je , doakan kejayaan aku dunia akhirat . satu permintaan yang aku pohon dari semua orang di sekeliling aku . 

doakan aku terima hakikat bahwasanya aku telah mula untuk memikul hidup sendiri ,
memikul beban sendiri . 
hakikatnya , aku sangat menyeksa diri aku untuk berada di khalayak seperti ini .

No comments:

Post a Comment