Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Wednesday, November 13, 2013

NOTHING IS IMPOSSIBLE WITH ALLAH .




' I die a little inside everytime I see EXPLAIN on a test '

itu , gambar untuk paper ke dua .
ya , paper ELC or English . oh men~ speaking london mak jemah ni .
senyum jangan tak senyum kerana anda berhadapan dengan kamera .
dalam hati , ya Allah . 
rasa nak meletop jantung ni . aigoo !

untuk pertama kalinya aku menggelatar sewaktu menjawap peperiksaan .
punya darah gemuruh sampai nak menulis pun macam cakar ayam .
aku terlalu memikirkan adakah aku akan lulus semuanya ?
ya , itu satu harapan yang aku impikan

satu harapan membara dan menyala , kan menyinari perjalananku 

dan , alhamdulillah .
aku berjaya memperoleh kepala tiga .
tiga point berapa ? adalah tapi tak sampai dekan lagi .
okey , itu sangat jealous . sem lain nak kepala dekan pulak .

aku hanya berserah dan bertawakkal setelah berusaha setengah mati .
study agama siap berguling guling atas katil , hafal dan terus hafal sampai roomate sendiri gelarkan aku ustazah . IN SYAA ALLAH . kehkeh~

 study anatomy lain pula ceritanya .
aku yang sememangnya tiada asas sains sukan , masa awal masuk kelas mamang melopong je lah .
focus qyla focus . kau salin je segalanya .
masa study , siap tujah tujah kepala , tujah tujah badan , angkat tangan , angkat kaki
sebabnya nak ingat sebeban nama muscle dan sedunia dengannya .

kinesiology ?
ini paper serupa itu biology . kau tulis selagi boleh .
waaaa~ aku yang sejujurnya hanya berpegangkan paper akaun , add math dan perdagangan diwaktu spm harus berkenalan dengan biology .
kau nampak kan betapa strees nya aku .
ya aku tak nafikan . 
tapi , agaknya disebabkan aku study sampai ke pagi buta , disaat rakan rakan lain dok sedap melayan mimpi nan indah dan disaat itulah ketekunan aku menghadap segala kertas .
selagi ada kertas selagi itu baca .

finally , aku boleh tersenyum kelegaan :)
syukur nikmat ke atas Tuhan yang memberi rahmat .

sem 2 , please be nice with me sayang .
ya aku tau terlalu banyak dan aku tak tau serba serbi subjek tersebut .
teruskan usaha . gooooooooo !

' NOTHING IS IMPOSSIBLE WITH ALLAH '


No comments:

Post a Comment